HC3001 (1 kg) / HC3090 (3.3 kg) - Serbuk Pencuci Ultra Pekat Xtra WashRM 15.50 (WM) RM 16.50 (EM) *1kg
RM 46.50 (WM) RM 49.50 (EM) *3.3kg
adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!
HC3002 - Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Xtra Clean RM 14.30 (WM) RM 15.30 (EM) * 1000ml
Kini Xtra Clean menjadi bertambah hebat lagi! Xtra Clean adalah cecair pencuci pinggan mangkuk berkualiti yang tiada tandingannya, buat mereka yang inginkan hanya yang terbaik. Didatangkan dengan ciri-ciri tambahan untuk rangkaian pembersihan yang menyeluruh dan berkesan serta kesan antiseptik dan antimikrob yang penting untuk menyahjangkit dan menjauhkan ancaman kuman patogenik, bakteria, kulapuk dan yis daripada terbentuk pada pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain. Xtra Clean membawa kebersihan pinggan mangkuk ke tahap yang baru. Dengan mudah, ia dapat menangani kotoran degil pada pinggan mangkuk, gelas dan barangan perak bagi memastikan segala peralatan dapur anda bersih dan bersinar-sinar! Ia mengandungi Agen-Aktif Permukaan berkuasa untuk kuasa penanggalan sisa berkesan yang mencuci kotoran, minyak dan kesan degil pada barangan memasak dan pinggan mangkuk secara berkesan. Diformulasikan dengan haruman lemon yang menyegarkan menjadikan tugas mencuci pinggan mangkuk menjadi begitu menyenangkan dan menenangkan.
HC3003 - Pembersih Ubin Xtra Glow RM 13.30 (WM) RM 14.30 (EM) *1000ml
Xtra Glow hebat menanggalkan daki dan kotoran, sisa sabun dan kesan degil pada ubin, besen, mangkuk tandas, pancuran, pintu, sinki dan lain-lain - mencuci dengan berkesan dan mudah tanpa mengasarkan kulit tangan anda. Hanya sapukan dan lapkan pembersih pada sisa sabun, kesan air, karat, deposit mineral dan kulat pada permukaan ubin bagi pembersihan yang menakjubkan lagi berkilat. Xtra Glow mengandungi kesan antiseptik berkuasa untuk pembersihan yang kekal lama, yang bebas kuman merbahaya dan memenuhi keperluan untuk membersihkan kotoran berat dan menanggalkan kesan degil dengan penuh berkuasa. Lihatlah bagaimana ubin anda yang kotor dan kusam kembali kepada sinar, warna dan kesegaran semula jadinya hanya dengan menyapu dan mengelap. Ditambah dengan wangian yang memberikan rasa menyenangkan pada permukaan yang dibersihkan, ia adalah pembersih berkuasa yang meringankan bebanan tugas!

HC3004 - Pembersih Lantai Xtra Shine
RM 14.50 (WM) RM 15.50 (EM) *1000ml
Menjadikan lantai ubin, marmar, terazo dan kayukeras di kediaman anda kelihatan baru dengan Xtra Shine - pembersih lantai profesional handalan untuk kediaman anda! Xtra Shine direka khas untuk menanggalkan kotoran dan gris pada lantai tanpa meninggalkan sebarang sisa yang tidak menyenangkan. Diformulasikan khas untuk membantu mengekalkan keindahan asli lantai ubin, terazo, marmar dan vinil. Xtra Shine bagus untuk pembersihan cepat dan mudah dengan hasil menakjubkan yang tidak ditawarkan oleh pembersih lantai lain. Ia mempunyai formulasi kepekatan tambahan dengan rumusan berkuasa dan berkesan bagi memberikan keupayaan menanggalkan kotoran dan sisa dengan berkesan - memberikan keberkesanan pembersihan hebat dan hasil yang harum menawan!
No comments:
Post a Comment