Monday, August 9, 2010

ISO.7

NT2018 - Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran ISO.7
RM 238.00 (WM) RM 245.00 (EZM) * 30 sachet x 15g

Mekanisme Lindung-Pulih ISO.7 :
Mengurangkan stres-pengoksidaan dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ianya dapat menyerang sel.
Membaiki kerosakan radikal bebas di dalam sel dan tisu, lalu memulihkan kembali fungsi organ dan memulihkan sistem tubuh.
Merehatkan saluran darah dan mengembalikan aliran darah ke organ penting seperti mata, telinga, otak, kemaluan, jantung, ginjal, paru-paru dan kulit. Proses ini memulihkan kesihatan secara umum.
Mengurangkan serum kolesterol dan lipid, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan kesihatan optimum.
Bagi faedah jangka panjang - mengurangkan risiko penyakit kronik melalui khasiat antiaterosklerosis, antiangiogenik, antibakteria dan antikarsinogenik serta mengoptimumkan fungsi sistem imun.

Ringkasan kebaikan ISO.7 :
Membantu mencegah kesan penuaan awal.
Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
Membantu memelihara kulit yang sihat.
Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.

ISO.3

NT2017 - Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3
RM 104.00 (WM) RM 111.00 (EM) * 20 sachet x 15g

Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO.3 :

C - Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)
Kandungan berfungsi bertindak dengan membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak nutrien, darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan daripada kulit.

N - Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)
Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.

P - Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)
Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.

Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3:
Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme
Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.
Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.
Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.
Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.
Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.
Membantu meneutralkan radikal bebas.
Membantu menyahtoksik kulit.
Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.
Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.
Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.
Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

ISO.5

NT2016 - Minuman Serat Campuran ISO.5
RM 132.00 (WM) RM 139.00 (EM) * 30 sachet x 15g

Setiap hidangan 15 g memberikan anda:
Lebih daripada 6 g serat makanan iaitu bersamaan 300 g sayur-sayuran
Lebih daripada 6 bilion kultur probiotik, bersamaan pengambilan 6 hidangan produk susu kultur di pasaran
Lebih daripada 0.1 g enzim tumbuh-tumbuhan hidup bersamaan pengambilan 3 atau 4 potong betik atau nanas

Ringkasan kebaikan Minuman Serat Campuran ISO.5:
Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik
Melancarkan sistem pencernaan
Membantu merendahkan kolesterol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksik lain
Membantu mengaktifkan sistem imun
Membantu meningkatkan kawalan glisemik dan mengawalaturkan gula darah
Menggalakkan sintesis vitamin
Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik

SS Solution

NT2015 - SS Solution
RM 488.00 (WM) RM 504 (EM) *60 sachet X 25g
- membantu anda mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang
- membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang
- terbukti selamat untuk pengambilan kerap
- membantu mencegah penambahan berat badan
Fungsi utama SS Solution termasuklah:
Menyekat selera dan mengurangkan pengambilan makanan
Meningkatkan Termogenesis (penjanaan haba)
Membantu proses membakar dan menyingkirkan lemak
Meningkatkan sintesis hormon
Mengurangkan penghasilan radikal bebas
Membentuk otot dan merencatkan simpanan lemak
Membekalkan khasiat seimbang kepada tubuh
Membantu mengekalkan tahap tenaga optimum
Kumpulan sasaran:
OBES
BERAT BERLEBIHAN dan
BERAT IDEAL
(mengikut tahap Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index - BMI) masing-masing)

Origrow

NT2100 - Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
RM 68.00 (WM) RM 71.00 (EM) * 800g per tin
-rendah lemak yang kaya tenaga dengan vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik
- untuk semua golongan dewasa
- pilihan hebat untuk kekal langsing dan untuk yang mementingkan pengekalan kesihatan optimum!
- Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:
Formulasi segera
Kandungan rendah lemak
Tinggi kalsium
Tinggi protein
Mengandungi asid linolik penting
Kaya vitamin dan mineral

NT2101 - Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow
RM 66.00 (WM) RM 69.00 (EM) * 800g per tin

- bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik dan ia berasal daripada salah sebuah ladang tenusu 100% organik di New Zealand
- dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas
- membekalkan sumber yang kaya vitamin, mineral, protein dan khasiat lain untuk perkembangan fizikal dan mental penting
- kalsium --> untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi sihat, ia padat dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan prestasi handalan

- Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow:
Formulasi segera
Kandungan penuh krim (lemak adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak / bayi)
Kaya protein, mengandungi asid linolik penting
Kaya kalsium, mineral dan vitamin
Perisa kaya berkrim
Makanan tambahan yang ideal untuk bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas

Zhubee

NT3202 - Tongkat Ali Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
RM 80.80 (WM) RM 81.40 (EM) *80 Kapsul
- Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia --> untuk meningkatkan paras tenaga dan stamina
- Jeli Raja --> sumber khasiat semula jadi yang kompleks untuk merangsang tenaga dan kesihatan
- kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks, mineral-mineral surih dan asid lemak

NT3204 - Kacip Fatimah Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
RM 80.80 (WM) RM 81.40 (EM) *80 Kapsul
- dirumus khas untuk wanita
- Kacip Fatimah --> adalah tumbuhan herba kecil yang diambil meluas oleh wanita selepas proses kelahiran
- Jeli Raja --> satu makanan semula jadi yang hampir lengkap
- Ginseng --> menolong memperbaiki keberkesanan fizikal


NT3205 - Vitamin C Zhubee
RM 20.90 (WM) RM 21.50 (EM) *80 tablet
- Vitamin C --> bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan
- membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan

Vegi-vera

NT2010 - Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
RM 72.50 (WM) RM 76.50 (EM) * 30 sachet x 8g
- dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting
- Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium
- mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan

Friday, August 6, 2010

Cincin Wanita

Pelbagai rekaan, dari yang tradisional ke kontemporari, rangkaian cincin wanita kami menambahkan keserian dan keindahan kepada sebarang koleksi barangan kemas. Dihasilkan dari permata 'semi-precious' dan sintetik untuk menyerlahkan keanggunan, alami dimensi baru kehalusan seni di jari anda bagi memuaskan keinginan anda.







Wednesday, July 28, 2010

B'Young


NT2012 - B'Young Supreme Gold (90 sachets x 19 g)
RM 889.00 (WM) RM 909.00 (EM) 90 sachet x 19g
- memberikan rangsangan berkuasa dengan formulasi berkhasiat
- meningkatkan ketahanan tubuh, mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan tenaga tubuh secara amnya
- Kekal muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi hebat ini!

NT2013 - B'Young Premium Standard (90 sachets x 17 g)
RM 714.00 (WM) RM 734.00 (EM) * 90 sachet x 17g
- minum sachet Pagi, Petang dan Malam setiap hari dan saksikan bagaimana perubahan positif yang cepat dan berkesan menyerlah. Sachet yang menyenangkan ini membolehkan anda memulakan gaya hidup sihat yang baru dan alami tenaga, kemudaan dan kesihatan yang diperbaharui setiap hari!

NT2014 - B'Young Maintenance Course (90 sachets x 14 g)
RM 443.00 (WM) RM 457.00 (EM) * 90 sachet x 14g
- direka khas untuk pengambilan berkala dan ia bertindak dengan baik pada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas serta dewasa
- Ia membantu mengekalkan keseimbangan tubuh yang sihat dengan membekalkan nutrien penting di samping meningkatkan menyingkiran toksin yang berbahaya daripada tubuh

Royalmix

NT2006 - Royalmix BD Complex
RM 62.80 (WM) RM 66.80 (EM) * 30 sachet x 28g
- Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak
- membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia
- minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya
- pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka
- Pengambilan secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik
- mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain

NT2007 - Royalmix KP Complex
RM 75.20 (WM) RM 79.20 (EM) * 30 sachet x 30g
- adalah minuman kacang soya untuk orang dewasa yang berasaskan kalsium bernutrisi protein tinggi
- tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tiruan atau pewarna tiruan dan merupakan campuran bahan-bahan semula jadi sepenuhnya
- memberikan rangsangan yang sangat diperlukan untuk gigi dan tulang yang lebih kuat

Homsweet

NT2003 - Fruktosa Kristal Asli Homsweet
RM 21.70 (WM) RM 22.70 (EM) 1kg per kotak
- dihasilkan daripada jagung yang mempunyai indeks glisemik rendah maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa)
- Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat semula jadi yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh digunakan untuk memasak
- Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan anda demi gaya hidup yang lebih sihat.

NT2004 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet
RM 29.80 (WM) RM 30.80 (EM) 1kg per kotak
- merupakan sebatian semula jadi tumbuhan dan mempunyai peranan penting di dalam kesihatan saluran pencernaan manusia
- Apabila oligoskarida dimakan, bahagian yang tidak tercerna menjadi makanan kepada bakteria 'baik' seperti spesis bakteria Bifido dan Laktobasilus
- FOS yang dikenali sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan bilangan bakteria baik ini di dalam kolon dan pada masa yang sama mengurangkan populasi bakteria merbahaya



NT2005 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet (pek sachet)
RM 24.40 (WM) RM 25.40 (EM) 100 sachet x 5g
- Disediakan di dalam sachet mudah, ia menawarkan kemudahan penggunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta memberikan kelebihan kesihatan yang penting berbanding gula biasa dan pemanis tiruan merbahaya yang lain
- Fruktosa-oligosakarida (FOS) adalah karbohidrat yang wujud semula jadi yang menggalakkan lekatan nutrisi optimum daripada makanan yang diambil. Bakteria Bifido dan populasi bakteria baik yang lain di dalam usus, menyebabkan suplemen FOS membantu meningkatkan bioketersediaan kalsium, kolesterol direndahkan dan ketahanan glukosa yang dipertingkatkan
- FOS juga membantu meningkatkan masa pengangkutan makanan di dalam usus yang membantu mengurangkan sembelit.

Dr. Africana’s

ND4011 - Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos
RM 69.80 (WM) RM 71.80 (EM) 60 sachet x 3g
- kaya dengan bahan antioksida, berkemanisan semula jadi - minuman beraroma yang menyegarkan yang dibuat dari daun Rooibos untuk rasa dan kepuasan hebat
- mengandungi banyak vitamin, mineral dan enzim penting serta kebaikan herba honeybush, dengan lebih 40 sebatian polifenol dan flavonoid yang bertindak sebagai antioksida untuk meneutralkan radikal bebas
- Radikal bebas melemahkan pertahanan semula jadi tubuh yang akhirnya menyebabkan penuaan serta mudah diserang pelbagai penyakit berbahaya

ND4016 - Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing
RM 51.60 (WM) RM 53.60 (EM) 60 uncang x 3g
- Satu kombinasi istimewa 100% herba semula jadi yang terdiri daripada Misai Kucing, Jasmin dan teh Hitam
- Misai Kucing telah digunakan sejak turun-temurun untuk mencuci ginjal dan pundi hempedu, merendahkan tahap tekanan darah dan kolesterol, mengekalkan kesihatan kardiovaskular serta membantu dalam rawatan kencing manis, penyakit ginjal, pundi hempedu, arthritis, gout dan rheumatisme

Jungle Fresh

HC2005 - Dispenser Wangian Udara Automatik Jungle Fresh
RM 128.00 (WM) RM 133.00 (EM) * 1 unit
- Dispenser Wangian Udara Automatik Jungle Fresh adalah sistem dispenser wangian udara boleh-diprogram secara automatik
- Sesuai untuk kegunaan di kediaman, pejabat, kafeteria, restoran, hotel dan kelab
- Menjimatkan, tidak perlu penyelenggaraan dan boleh dipercayai untuk operasi jangka panjang yang tidak menyusahkan
- ia dapat bertahan melebihi 3 bulan atau 3,000 kali semburan
- ia menampilkan ciri-ciri istimewa termasuk lampu penunjuk kuasa LED, penetap masa semburan dan 3 fasa induksi untuk aplikasi mudah tanpa masalah dan tanpa penyelenggaraan, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Ia mudah dipasangkan dan beroperasi secara automatik untuk menikmati fungsi hebat.

HC3031 - Penyembur Bermeter Jungle Fresh - Citrus Lemon
RM 16.70 (WM) RM 17.50 (EM) *300ml
Litupi kediaman anda dengan semerbak haruman lemon yang menyegarkan dengan pilihan citrus ini. Haruman buah yang lembut memikat, menawan dan mempesonakan.


HC3032 - Penyembur Bermeter Jungle Fresh - Country Fresh
RM 16.70 (WM) RM 17.50 (EM) *300ml

Pilihan tepat untuk haruman menyegarkan. Country Fresh adalah penyegar terbaru dalam rangkaian wangian udara kami. Ia mencipta mood dan kenangan sempurna yang berkekalan di minda. Haruman udara desa memberikan rasa keselesaan kediaman yang terpelihara dari gangguan dunia luar.


HC3033 - Penyembur Bermeter Jungle Fresh - Woody
RM 16.70 (WM) RM 17.50 (EM) *300ml
Bebaskan dirimu di dalam aroma pilihan anda ini dan hasilnya adalah sebuah memori indah yang berkekalan. Nikmati keindahan haruman menakjubkan ini. Berikan keluarga anda sebaran bauan yang memikat hati ini.


HC3034 - Penyembur Bermeter Jungle Fresh - Apple
RM 16.70 (WM) RM 17.50 (EM) *300ml
Haruman epal menyegarkan dengan aroma buah lazat. Haruman mengasyikkan ini membebaskan bau epal ranum yang mempunyai tarikan yang tidak mungkin akan dilupakan. Sesungguhnya ia adalah haruman yang menarik lagi mempesonakan. Hayatilah kelazatan haruman ini


HC3035 - Pewangi Semburan Jungle Fresh Untuk Kereta Dan Bilik - Passion
RM 14.30 (WM) RM 15.10 (EM) *200ml
Disyorkan untuk menerbitkan mood romantik. Direka bagi menimbulkan keghairahan terhadap kenikmatan hidup. Haruman menyegarkan bagi membangkitkan semangat serta merangsang kepekaan dirimu.


HC3036 - Pewangi Semburan Jungle Fresh Untuk Kereta Dan Bilik - Sensual
RM 14.30 (WM) RM 15.10 (EM) *200ml
Spice up your car or room ambience with this sensational fragrance that heightens your senses and leaves you relaxed in cool comfort. A rich, sensual scent that stimulates your mood to put you in full control.


HC3037 - Pewangi Semburan Jungle Fresh Untuk Kereta Dan Bilik - Relaxant
RM 14.30 (WM) RM 15.10 (EM) *200ml
Berehat pada bila-bila masa! Tiada pilihan yang sehebat haruman menenangkan ini yang membisikkan ketenangan ke dalam dirimu. Hayati haruman mengasyikkan ini yang sungguh luar biasa kenikmatannya.

Xtra

HC3001 (1 kg) / HC3090 (3.3 kg) - Serbuk Pencuci Ultra Pekat Xtra Wash
RM 15.50 (WM) RM 16.50 (EM) *1kg
RM 46.50 (WM) RM 49.50 (EM) *3.3kg
adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!

HC3002 - Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Xtra Clean
RM 14.30 (WM) RM 15.30 (EM) * 1000ml
Kini Xtra Clean menjadi bertambah hebat lagi! Xtra Clean adalah cecair pencuci pinggan mangkuk berkualiti yang tiada tandingannya, buat mereka yang inginkan hanya yang terbaik. Didatangkan dengan ciri-ciri tambahan untuk rangkaian pembersihan yang menyeluruh dan berkesan serta kesan antiseptik dan antimikrob yang penting untuk menyahjangkit dan menjauhkan ancaman kuman patogenik, bakteria, kulapuk dan yis daripada terbentuk pada pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain. Xtra Clean membawa kebersihan pinggan mangkuk ke tahap yang baru. Dengan mudah, ia dapat menangani kotoran degil pada pinggan mangkuk, gelas dan barangan perak bagi memastikan segala peralatan dapur anda bersih dan bersinar-sinar! Ia mengandungi Agen-Aktif Permukaan berkuasa untuk kuasa penanggalan sisa berkesan yang mencuci kotoran, minyak dan kesan degil pada barangan memasak dan pinggan mangkuk secara berkesan. Diformulasikan dengan haruman lemon yang menyegarkan menjadikan tugas mencuci pinggan mangkuk menjadi begitu menyenangkan dan menenangkan.


HC3003 - Pembersih Ubin Xtra Glow
RM 13.30 (WM) RM 14.30 (EM) *1000ml
Xtra Glow hebat menanggalkan daki dan kotoran, sisa sabun dan kesan degil pada ubin, besen, mangkuk tandas, pancuran, pintu, sinki dan lain-lain - mencuci dengan berkesan dan mudah tanpa mengasarkan kulit tangan anda. Hanya sapukan dan lapkan pembersih pada sisa sabun, kesan air, karat, deposit mineral dan kulat pada permukaan ubin bagi pembersihan yang menakjubkan lagi berkilat. Xtra Glow mengandungi kesan antiseptik berkuasa untuk pembersihan yang kekal lama, yang bebas kuman merbahaya dan memenuhi keperluan untuk membersihkan kotoran berat dan menanggalkan kesan degil dengan penuh berkuasa. Lihatlah bagaimana ubin anda yang kotor dan kusam kembali kepada sinar, warna dan kesegaran semula jadinya hanya dengan menyapu dan mengelap. Ditambah dengan wangian yang memberikan rasa menyenangkan pada permukaan yang dibersihkan, ia adalah pembersih berkuasa yang meringankan bebanan tugas!




HC3004 - Pembersih Lantai Xtra Shine

RM 14.50 (WM) RM 15.50 (EM) *1000ml
Menjadikan lantai ubin, marmar, terazo dan kayukeras di kediaman anda kelihatan baru dengan Xtra Shine - pembersih lantai profesional handalan untuk kediaman anda! Xtra Shine direka khas untuk menanggalkan kotoran dan gris pada lantai tanpa meninggalkan sebarang sisa yang tidak menyenangkan. Diformulasikan khas untuk membantu mengekalkan keindahan asli lantai ubin, terazo, marmar dan vinil. Xtra Shine bagus untuk pembersihan cepat dan mudah dengan hasil menakjubkan yang tidak ditawarkan oleh pembersih lantai lain. Ia mempunyai formulasi kepekatan tambahan dengan rumusan berkuasa dan berkesan bagi memberikan keupayaan menanggalkan kotoran dan sisa dengan berkesan - memberikan keberkesanan pembersihan hebat dan hasil yang harum menawan!

Monday, July 26, 2010

Squeezy

FB3151 - Kordial Ros Squeezy
RM 16.60 (WM) RM 17.60 (EM) *1000ml
Kordial Ros Squeezy diperbuat daripada resipi tradisi keluarga yang menghidangkan rasa sirap ros yang manis semulajadi dengan aroma kelopak ros asli. Kordial Ros Squeezy ditambah dengan madu premium untuk menghasilkan rasa istimewa dan lazat apabila dicampur dengan air atau susu. Minuman enak penghilang dahaga ini pasti menjadi minuman yang sesuai untuk sebarang acara keramaian!

FB3152 - Kordial Mangga Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 17.40 (WM) RM 18.40 (EM) *1000ml
Kordial Mangga dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan terbaik buat penggemar mangga. Dihasilkan daripada puri mangga berkualiti tinggi dengan madu premium, ia meninggalkan rasa mangga asli yang menyegarkan selepas beberapa ketika menikmatinya. Kordial pekat dan lazat ini memberikan anda kepuasan minuman mangga yang tidak terhingga. Ditambah ais atau pun tidak, nikmati kehebatannya pada bila-bila masa, di mana jua.

FB3153 - Kordial Oren Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 17.40 (WM) RM 18.40 (EM) *1000ml
Meriahkan hari anda dengan minuman sitrus ini! Kordial Oren dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman enak dengan rasanya yang pasti merangsang deria anda. Ianya mengandungi madu premium yang memberikan kemanisan mengiurkan, mudah disediakan dan boleh dinikmati pada sebarang acara. Jika inginkan kelainan, hasilkan minuman yang lebih lazat dengan mencampurkannya bersama minuman jus lain dan tambahkan beberapa keping hirisan oren!


FB3154 - Kordial Kurma Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 31.50 (WM) RM 32.50 (EM) *1000ml

Kordial Kurma dengan Pekatan Jus Squeezy pastinya minuman berperisa unik. Dihasilkan daripada buah kurma berkualiti terbaik dan ditambah pula madu premium, kordial buah yang lazat ini tentunya pilihan untuk apa jua majlis. Ia juga sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana kandungannya bebas kolesterol! Rasa unik yang memberikan kepuasan ini amat digemari mereka yang tercari-cari keenakan luar biasa. Hiruplah minuman bercitarasa menyenangkan ini!



FB3155 - Kordial Buah Kiwi Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 32.80 (WM) RM 33.80 (EM) *1000ml
Sedap, berkhasiat dan penuh kenikmatan! Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan menyihatkan yang menyejukkan dan melegakan deria rasa anda. Mengandungi Vitamin C, ia adalah minuman kordial buah-buahan yang mengecurkan, apatah lagi ditambah madu premium bagi meningkatkan kelazatannya. Jika anda mengidamkan minuman yang manis dan lazat, jadikanlah Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy pilihan terbaik. Alami rasa yang melegakan lagi enak dengan kebaikan Vitamin C.



FB3156 - Kordial Limau Nipis Dengan Pekatan Jus Squeezy

RM 17.40 (WM) RM 18.40 (EM) *1000ml
Rasa mengantuk atau keletihan? Kembalikan kesegaran diri dengan rasa Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy! Limau nipis mempunyai citarasa mengagumkan yang benar-benar merangsang deria dan menjadikannya minuman yang sesuai di kala anda perlu berehat dan menyegarkan diri. Campuran unik limau nipis terpilih dan madu premium untuk kemanisan rasa, Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy ternyata memberikan pengalaman minuman yang menyeronokkan.


FB3158 - Kordial Asam Jawa Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 17.80 (WM) RM 18.80 (EM) *1000ml
Keunikan asam jawa terletak pada rasa 'masam-manis' yang enak. Dihasilkan daripada asam jawa berkualiti tinggi, citarasa lembut Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy menyajikan minuman penghilang dahaga yang menyegarkan dan enak serta sesuai diminum sebarang masa, setiap hari. Ditambah madu premium untuk memberikan lebih 'oomph', Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman ideal yang pasti berbeza!


FB3159 - Kordial Anggur Hitam Dengan Pekatan Jus Squeezy
RM 17.40 (WM) RM 18.40 (EM) *1000ml
Nikmatilah kepuasan rasa yang hanya dapat diberikan oleh Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy! Kordial buah-buahan menyelerakan dihasilkan daripada adunan pekatan jus anggur hitam berkualiti hebat dengan madu premium untuk minuman anggur hitam yang amat lazat! Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy pasti memberikan kepuasan buat anda!


Minuman Bijirin

FB2543 - Minuman Bijirin Dengan Lingzhi
RM 36.10 (WM) RM 37.10 (EM) *22 sachet x 35g
- ramuan bertenaga seperti Bijirin Segera (Gandum, Jagung dan Beras), Malt, Bran Oat Rendah Lemak dengan 22% Beta Glukan, Kalsium Sitrat, Serbuk Ekstrak Reishi, dll
- ia adalah minuman menyelerakan yang memberikan rangsangan sempurna tenaga untuk kehidupan harian anda
- ia membantu meningkatkan fungsi pencernaan tubuh, menolong menggalakkan kesihatan usus dan membantu mengekalkan tahap tenaga tubuh
- Minuman bijirin ini bagus untuk kanak-kanak dan warga tua yang inginkan sesuatu yang ringan dan mudah dihadam

Friday, July 23, 2010

Kopi Pracampur


FB2536 - Kopi Pracampur Dengan Ginseng & Tongkat Ali
RM 37.60 (WM) RM 38.60 (EM) *28 sachet x 22g
- Khusus untuk lelaki
- dihasilkan daripada biji kopi Colombia dan diadun bersama
Serbuk Ekstrak Ginseng dan Tongkat Ali
- membantu mengecas semula tenaga tubuh bila-bila jua anda inginkannya


FB2537 - Kopi Pracampur Dengan Ginseng & Kacip Fatimah

RM 37.60 (WM) RM 38.60 (EM) *28 sachet x 22g
- Khusus untuk wanita
- Ginseng diketahui dapat meningkatkan tenaga tubuh kita bagi memastikan kecergasan sepanjang masa
- Kacip Fatimah pula diketahui berupaya menyingkirkan angin berlebihan di dalam tubuh

FB2538 - Kopi Pracampur Dengan Mocha, Ginseng & Ginkgo Biloba

RM 37.60 (WM) RM 38.60 (EM) *28 sachet x 22g

- Ginkgo Biloba mengandungi tahap berkuasa sebatian aktif tinggi yang membantu meningkatkan daya ingatan, selain Ginseng yang berpotensi menguatkan ketahanan semula jadi tubuh

FB2539 - Kopi Pracampur Dengan Ginseng
RM 35.30 (WM) RM 36.30 (EM) *28 sachet x 22g
- diperbuat daripada biji kopi Colombia hebat
- ia dapat merangsang keyakinan sepanjang hari
- ia juga mampu memberikan tenaga di kala anda alami keletihan

FB2540 - Kopi Pracampur Dengan Ginseng Tanpa Gula
RM 40.00(WM) RM 41.00 (EM) *26 sachet x 14g
- Diadunkan dengan Kopi Colombia, Kopi Pracampur dengan Ginseng Tanpa Gula
- Di dalam bungkusan Kopi Pracampur dengan Ginseng Tanpa Gula, disediakan sachet Fruktosa Kristal Asli Homsweet 10 g secara berasingan untuk kemudahan anda

FB2541 - Kopi Pracampur Dengan Lingzhi

RM 36.60 (WM) RM 37.60 (EM) *28 sachet x 22g
- Tiada yang lebih baik berbanding kopi citarasa hebat dengan manfaat Lingzhi - yang juga dikenali sebagai "Reishi" iaitu daripada Ganoderma Lucidum iaitu sejenis herba yang diiktiraf oleh Maharaja Cina sebagai "Raja Herba Ajaib" kerana kuasa kebaikannya

- membantu anda kekal peka dan memberi tumpuan di tempat kerja untuk prestasi harian yang lebih konsisten dan aktif

FB2542 - Kopi Pracampur Dengan Lingzhi & Teh Hijau

RM 38.90 (WM) RM 39.90 (EM) *28 sachet x 22g

- Lingzhi dikenali sebagai "Raja Herba" kerana potensi membina ketahanan dan ciri memberi tenaganya, sementara Teh Hijau pula kaya dengan bahan antioksida yang berkemampuan membantu menguatkan ketahanan tubuh terhadap radikal bebas